Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat, Kota Belud dengan haplogroup E1a1a dari aspek DNA. Asal usul moyang sebelah ibu.

Kandungan cerita sekadar karangan dari orang kebanyakan dan bukannya dari orang yang tahu tentang DNA.
Topik serupa dan berkaitan:-
1. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Haplogroup E1a1a
2. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Haplogroup O2-P31

3. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Murut Sabah Borneo - mtDNA Haplogroup M7c3c
4. Asal usul orang Kadazan Dusun Murut - mtDNA (perempuan) Haplogroup R9c1a 
5. Asal-usul Orang Kadazan Dusun Murut ialah Timur Tengah-Asia Barat - Haplogroup JT (mtDNA)
6. Asal usul Kadazan Dusun Murut melalui kajian DNA (SNP)

Satu keputusan sampel DNA dari seorang Dusun Tindal Kota Belud diterima dari pusat analisa DNA - FamilyTree DNA - www.familytreedna.com. Keputusan analisa mtDNA (pertalian genetik sebelah ibu) menunjukkan orang ini dalam kumpulan haplogroup E1a1a.

[Dalam konteks geneaologi ujian mtDNA digunakan untuk mencari pertalian genetik moyang sebelah perempuan ataupun ibu sahaja. Manakala ujian Y-DNA digunakan untuk mencari pertalian genetik moyang sebelah lelaki ataupun bapa. Semua perempuan yang mempunyai penanda mtDNA yang sama di dunia seperti Haplogroup E1a1a dikatakan berasal dari moyang yang sama. ]

Berikut ialah keputusan sampel DNAnya:-
  • HVR2: 73G, 236C, 263G, 315.1C, 489C. Ini haplogroup E1a1a.
  • HVR1: 16185T, 16223T, 16291T, 16362C, 16390A, 16519C. Ini haplogroup M.
Orang Asli rumpun Kadazan Dusun moden di Sabah.
Foto diambil di Perayaan Kaamatan 2012 Peringkat Negeri Sabah
di Hongkod Koisaan (Dewan Pusat Persatuan
Kadazan Dusun Cultural Association di Penampang.)
"Sumandak Kinabalu".. oi bukan ba
Dia  "sumandak Bundu Tuhan" Kundasang:
satu perkampungan kaum Dusun di banjaran
pergunungan berdekatan Taman Negara Kinabalu
Namanya....terlupa sudah....Eminovillin..kan?
Berdasdarkan maklumat dari kertas kajian mtDNA yang boleh diperolehi dari domain awam, di Internet, menyatakan haplogroup E1a1a lazimnya ditemui di Kepulauan Asia Tenggara dan di Taiwan.
Orang Asli Kadazan Dusun moden. Foto semasa menunggu
ketibaan jemputan Majlis Jamuan Makan Malam Perkahwinan
di Pan Pacific Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Moyang haplogroup E1a1a ialah E dan moyang E pula ialah M. (L….M-->E-->E1-->E1a-->E1a1-->E1a1a  dan seterusnya).

Merujuk kertas kajian yang diterbit pada tahun 2008 - Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia
http://mbe.oxfordjournals.org/content/25/6/1209.full.pdf+html “…..The 2 subclades with higher sample sizes (E1a1a and E1b) have a higher diversity in Sundaland than in Wallacea or the Philippines. ....“

Terjemahan bebas –
....Dengan sample yang banyak kedua-dua sub klad (E1a1a dan E1b) mempunyai kepelbagaian yang tinggi di Sundaland berbanding Wallacea  (pulau-pulau Indonesia yang terletak di timur Borneo) ataupun Filipina. Tambahan pula semua sub klad E ditemui di Borneo bagaimanapun tidak di Kepulauan Wallacea. Ini mencadangkan asal usul tempat haplogroup E mungkin terletak di Timur-Utara Sundaland.
Kertas kajian ini menyatakan perkara berikut:-
  • haplogroup E tinggi kepelbagaian di Kepulauan Asia Tenggara. Kerana E1b dan E2a tidak dijumpai di Taiwan. Kedua-dua sub klad ini hampir terhad kepada Kepulauan Asia Tenggara dan kadang-kadang dijumpai di New Guinea dan Semenanjumg Malaysia. Ini mencadangkan asal usulnya ialah Kepulauan Asia Tenggara dan kemudian berkembang ke Taiwan.
  • semua sub klad haplogroup E dijumpai di Borneo tapi tidak di tempat lain seperti Wallacea.
  • ketinggian kepelbagaian E1a1a adalah hampir sama di Kepulauan Asia Tenggara dan Taiwan. Bagaimanapun usia E1a1a lebiih tua di Kepulauan Asia Tenggara berbanding usia E1a1a di Taiwan.
Foto tarian dan kostum suku Orang Asli Dusun Rungus
di Kota Marudu Sabah.
Merujuk kertas kajian yang diterbit pada tahun 2009 - Philippine mitochondrial DNA diversity: a populated viaduct between Taiwan and Indonesia?
http://mbe.oxfordjournals.org/content/early/2009/09/15/molbev.msp215.full.pdf

Kertas kajian ini menyatakan perkara berikut:-
  • analisa mtDNA yang kerap ditemui iaitu E1a1a, secara umumnya berkurangan kepelbagaian dari Taiwan ke Filipina dan seterusnya Sulawesi. E1a1a kurang kepelbagaian di Filipina dan Sulawesi berbanding dengan Taiwan. E1a1a juga dijumpai di New Guinea dan New Oceania.
Orang Asli rumpun Kadazan Dusun Murut moden Sabah juga la. 
Mungkin dia ini Ratu Pesta Kaamatan 2011
(Pesta Selepas Musim Menuai Padi Rumpun Orang Asli Kadazan Dusun Murut)
Merujuk kertas kajian yang diterbit pada tahun 2007 - A Mitochondrial Stratigraphy for Island Southeast Asia - http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1876738/
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1876738/pdf/AJHGv80p29.pdf
Orang Asli Kadazan Dusun Kelawat Kota Belud 
mtDNA haplogroup E1a1a
Kertas kajian ini menyatakan perkara berikut:-
  • E1a hampir terhad kepada Taiwan dan Kepulauan Asia Tenggara. Tapi E1b yang banyak dijumpai di Kepulauan Asia Tenggara pula tidak dijumpai di Taiwan.
".... The most common entirely indigenous haplogroup in ISEA, at ~14%, is haplogroup E (figs. 4 and 5A). It is also common in Taiwanese aboriginals but is almost absent in China....
..... It is also virtually absent in the Pacific
......E1a is almost entirely restricted to Taiwan and ISEA.
......E1b is predominantly found in ISEA but is absent in Taiwan."

"....Haplogroup yang lazim dan juga haplogroup orang asli sepenuhnya di Kepulauan Asia Tenggara ialah E iaitu lebih kurang 14%. Ia juga biasa ditemui di kalangan orang asli Taiwan...
.....E hampir-hampir tidak ada di China.
.....E hampr-hampir tidak ada di Pasifik
.....E1a hampir-hampir terhad kepada Kepulauan Asia Tenggara dan Taiwan.
.....E1b lebih banyak dijumpai di Kepulauan Asia Tenggara tapi tidak ada di Taiwan.

"....The greater diversity of haplogroup E in ISEA compared to Taiwan is consistent with expansion of lineages from the South."
Orang Asli rumpun Kadazan Dusun Murut moden Sabah.
Lapan peserta akhir Ratu Pesta Kaamatan 2012.
Kertas kajian di atas mencadangkan kepelbagaian yang tinggi pada haplogroup E di Kepulauan Asia Tenggara berbanding dengan Taiwan. Konsisten dengan pengembangan pertalian-pertalian dari Selatan.

Haplogroup E iaitu moyang kepada sub klad seperti E1a, E1a1a, E1b, E2a, E2b dan yang lain adalah lebih tinggi kepelbagaian di Kepulauan Asia Tenggara berbanding Taiwan.
Na..ini pun saya tidak tahu mana satu dia ini
...dia di antara lapan orang finalis.
Fakta-fakta dari kertas kajian di atas bolehlah diambilkira untuk mencadang asal usul seorang Dusun Tindal Kota Belud ini. Berdasarkan mtDNA E1a1a asal usul moyang umbi sebelah ibunya (ancestor from mother side) ialah dari Kepulauan Asia Tenggara (kemungkinann besar di Borneo) dan bukan dari Tanah Besar Asia ataupun China.
Orang Asli  Kadazan Dusun Murut moden Sabah.
Kajian tersebut menyatakan pertalian genetik berkembang dari Selatan ke arah Utara. Bermula dari Sundaland - Malaysia, Borneo, Sulawesi ke Filipina dan seterusnya Taiwan.

Seorang pelajar ijazah kedoktoran Encik Kee Boon Pin dari Jabatan Perubatan Molekur, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya memaklumkan yang orang Asli Kadazan Dusun mempunyai beberapa haplogroup mtDNA (pertalian genetik sebelah ibu sahaja) yang lain dan banyak dalam haplogroup makro D dan R (lebih kurang 18%) dari sampel DNA 504 orang sukarelawan, M (lebih kurang 40%) (haplogroup M ialah moyang kepada haplgroup E) dan haplogroup sub klad M7 (lebih kurang 37%). Tajuk Kajian: Molecular Genetic Studies of East Malaysian Indigenous Population.

Satu tesis memberi maklumat kumpulan mtDNA kaum Kadazan Dusun Murut dari Borneo Utara = Sabah, hasil dari analisa sampel DNA daripada 300 individu kaum ini dan disenaraikan di bawah ringkasan keputusan. [Hanya kiraan bilangan banyak Haplogroup dari angkah 10 ke atas sahaja ditunjukkan di sini.]

Haplogroup=Bilangan Kadazan Dusun+Rungus=Jumlah

1. R9c1a=26+21=47 [Sila lihat cerita Asal usul orang Kadazan Dusun Murut - mtDNA (perempuan) Haplogroup R9c1a]
2. M7c3c=19+23=42 [Cerita - Asal Usul Orang Kadazan Dusun Murut Sabah Borneo - mtDNA Haplogroup M7c3c]
3. E1a1a=12+28=40
4. M7b1'2'4'5'6'7'8+16192=33+3=36
5. D5b1c1=7+23=30
6. B4a1a =5+12=17
7. E1b+1621=7+9=16
8. JT=6+4=10 [Sila lihat cerita bertarikh 12 Julai 2015 - Asal-usul Kadazan Dusun Murut ialah Timur Tengah - Asia Barat]

Tajuk Tesis - Assessment and Analysis of Genomic Diversity and Bio-markers in Sabahan Indigenous Populations  oleh Dr. Kee Boon Pin, 2014. .. http://studentsrepo.um.edu.my/4576/
Orang Asli Kadazan Dusun Kelawat
 Kota Belud 
mtDNA haplogroup E1a1a
Manakala seorang pelajar ijazah kedoktoran Puan Nano Nagle dari Jabatan Genetik, La Trobe University, Australia memaklumkan dia menemui mtDNA Kadazan Dusun Murut dalam haplogroup E (subhaplogroup E1a, E1b. E1a1a), M7, R9, B4a, B5a, F1a and D. Sampel DNA diperolehi dari 95 Orang Asli Kadazan Dusun Sabah.

Comments