Asal-usul Orang Kadazan Dusun Murut ialah Timur Tengah-Asia Barat - Haplogroup JT (mtDNA)

[Kandungan cerita sekadar karangan dari orang kebanyakan.]

Topik serupa dan berkaitan:-
Satu tesis menemui Haplogroup JT (mtDNA) di kalangan penduduk suku Kadazan Dusun Murut (KDM) Borneo. Sampel-sampel DNA diperolehi dari 300 individu KDM. Agak menarik kerana 10 orang memiliki mtDNA dalam kumpulan Haplogroup JT. Haplogroup JT ialah moyang kepada Haplogroup J yang banyak ditemui pada orang-orang Asia Barat, Eropah dan Mediterranean. Pembawa awal penanda genetik ini di Borneo dianggarkan berlaku lebih 10 ribu tahun yang lalu. Tesis mengatakan Haplogroup JT bukan DNA Asia Timur. Tesis boleh dibaca di .. http://studentsrepo.um.edu.my/4576/ - Assessment and Analysis of Genomic Diversity and Bio-markers in Sabahan Indigenous Populations  oleh Dr. Kee Boon Pin, 2014.
Dusun Tindal di Kampung Kelawat - Kota Belud
Haplogroup (mtDNA) utama penduduk Kadazan Dusun+Rungus
Berikut ialah maklumat ringkas Haplogroup utama Kadazan Dusun dalam tesis itu. Sampel DNA daripada 300 individu Kadazan Dusun [150 orang] + Rungus [150 orang]. Susunan, bilangan banyak paling atas. [Hanya Jumlah 10 dan ke atas sahaja ditunjukkan di sini.]
Na dia bilang dia Dusun asal Bundu Tuhan
 Kundasang -Rumahnya bersebelahan
Taman Negara Kinabalu - nama dia Eminovillin.... 
Haplogroup=Bilangan Kadazan Dusun+Rungus=Jumlah
1. R9c1a=26+21=47 [sila lihat cerita di sini - bertarikh 12 Disember  2016]
2. M7c3c=19+23=42[Sila lihat cerita bertarikh 10 September 2017]
3. E1a1a=12+28=40 [diceritakan dalam blog bertarikh 23 Oktober 2012]
4. M7b1'2'4'5'6'7'8+16192=33+3=36
5. D5b1c1=7+23=30
6. B4a1a =5+12=17
7. E1b+1621=7+9=16
8. JT=6+4=10
Dia bilang dia dari suku Lun Dayeh
di Daerah Sipitang, Sabah. 

Oii naaa - Decur metaga
Cerita Haplogroup KDM di atas akan menyusul nanti.

Teori bagaimana penanda ini wujud dalam DNA KDM
Ribuan tahun yang lalu Timur Jauh mungkin di antara tempat yang menarik kepada pedagang dari jauh. Negara-negara seperti China, India dan  di Asia Barat mungkin negara yang pernah berniaga di rantau Pulau-Pulau Asia Tenggara. Mungkin mereka mencari sumber galian di Filipina dan Borneo, rempah di Sulawesi dan hasil dan sumber-sumber hutan di Borneo.
Generasi 'Internet' Dusun Tindal
di Kampung Kelawat 
- Kota Belud
Mungkin pedagang menubuh pusat-pusat pengumpulan dan perdagangan di Borneo. Pedagang juga mungkin membawa keluarga mereka bersama kerana perniagaan baik dan mereka menetap lama di sini.
Generasi 'Smatfon' Kadazan Dusun Tindal
Pedagang yang bertugas di pusat-pusat pengumpulan juga mungkin pernah mengikuti penduduk asli tempatan masuk ke hutan di pedalaman untuk mendapatkan sumber hutan yang diperlukan. Mungkin mereka memerangkap gajah untuk mendapatkan gading, orang utan dan mawas serta beruk, burung untuk dijual di negara asal untuk dibela dan peliharaan. Mereka juga mungkin mencari batu permata dan  melombong galian seperti emas dan perak.
Kadazan Dusun Murut Borneo
Pedagang terkandas di Borneo
Mungkin sebahagian besar dari mereka belayar kembali ke negara asal dengan membawa barang dari Borneo. Ada di antara mereka yang menetap lama di sini kerana ditugaskan untuk menjaga pusat-pusat perdagangan dan pengumpulan. Mungkin ada kapal dagang yang karam dalam perjalanan, dirompak oleh lanun dan kapal mereka rosak dan hanyut kemudian tenggalam di lautan. Mungkin juga negara mereka ditakluki oleh negara lain dan kemudian wujud pemerintahan baru. Akibat dari peristiwa-peristiwa yang berlaku itu kapal-kapal yang akan kembali untuk mengambil mereka balik ke negara asal tidak datang.
Dusun Tindal dari Kampung => Kelawat, Telupid,
Tenghilan dan Tambunan
Pedagang menyukai Borneo
Mungkin ada di antara pedagang yang bekeluarga mahupun yang belum ada keluarga menyukai tempat ini dan membuat keputusan tinggal menetap di Borneo bersama penduduk asli di pedalaman. Selang tahun berlalu pedagang yang bujang dan anak-anak pedagang berkahwin dengan penduduk asli. Ribuan tahun kemudian keturunan mereka menjadi penduduk asli Borneo.
Dusun Tindal di Kampung Kelawat Kota Belud
- Grup Sihat
Kemungkinan keluarga pedagang dari Asia Barat melahirkan anak perempuan dan lelaki yang kemudiannya menjadi isteri dan suami kepada penduduk asli Borneo. Ibu-ibu ini dan keturunan-keturunan seterusnya melahirkan anak-anak perempuan yang mempunyai penanda Haplogroup JT (mtDNA) yang kini ditemui pada sebahagian penduduk kaum Kadazan Dusun Murut di Borneo.
Dusun Tindal dari Kampung Kelawat,
Kota Belud - Grup Makan
Tesis itu mengatakan bahawa Haplogroup JT tidak ditemui di wilayah Asia Tenggara. Dari sumber kajian, setakat ini hanya penduduk di Borneo Utara-Sabah saja yang ada Haplogroup JT. Ibu-ibu dari Asia Barat ini menjadi moyang kepada ibu-ibu dan perempuan KDM yang mempunyai DNA Haplogroup JT.
Bambaraon - Kadazan Dusun Murut
Haplogroup JT  kini menjadi moyang kepada Haplogroup J (mtDNA) yang biasa ditemui banyak pada pendudk di Asia Barat, Eropah dan Mediterranean.
Generasi 50an - Dusun Tindal dari Kampung Kelawat, Kota Belud
Pelayaran ke tanah Opir
Dalam Kitab Yahudi/Nevi'im dan Kitab Kristian (I Raja-Raja 9 dan 10) wujud kisah pelayaran Raja Sulaiman dan Raja Hiram I ke tanah Ophir. Mereka membawa pulang barangan seperti emas, perak, kayu, mutiara, mawas, gading, burung merak dari Opir. Pelayaran itu dibuat sekali dalam masa tiga tahun, mungkin kerana Opir itu tempat yang jauh. Ada kemungkinan Raja Sulaiman  dan Raja Hiram I belayar ke Borneo - Borneo Utara.
Dusun Tindal dari Kampung Kelawat dan Tenghilan
Borneo menepati tanah Opir
Di ketika ini Borneo boleh menepati gambaran tanah Opir. Kerana di sini terdapat gading gajah, orang utan dan mawas, burung merak, batu permata, serta kayu cendana (kayu binaan). Tambahan pula Borneo didapati ada di kalangan penduduk asli yang mempunyai DNA Haplogroup JT iaitu DNA yang sama yang dimiliki oleh orang-orang di negara Raja Sulaiman dan Raja Hiram I tinggal iaitu Asia Barat. Mungkin Raja Sulaiman mendapatkan bekalan bahan binaan kayu dari Borneo untuk membina Kuil Sulaiman.
Dusun Tindal
Sampel DNA KDM
Penulis tesis mengatakan yang sampel 300 individu KDM itu diperolehi dari penduduk yang menetap di kawasan pekan Kota Kinabalu. Mungkin mereka ini datang dari merata tempat di Sabah. Bagaimanapun diperlukan satu gambaran yang menyeluruh serta komprehensif profil DNA KDM. Untuk tujuan ini maka sampel-sampel DNA perlulah diperolehi dari penduduk KDM di setiap penempatan banjaran dan lembah sungai di seluruh Sabah seperti Tambunan, Ranau, Kundasang, Bundu Tuhan, Kiau, Kiulu, Telupid, Tuaran, Tamparuli, Keningau, Kadamaian, Toburon, Sayap, Sonsogon, Gana, Marak Parak, Pitas, Tandek, Kota Marudu, Labuk, Sugut, Lahad Datu, Tongod, Kinabatangan, Pulau Banggi, Penangah, Tenom, Nabawan, Melalap, Pensiangan, Serudong, Sembakung, Sipitang, Pagalungan, Sapulut, Long Pasia, Kunak, Segama, Beluran, Paitan, dan lain-lain.
Dusun Tindal Haplogroup E1a1a
Profil Y-DNA kaum lelaki KDM
Tesis ini - http://studentsrepo.um.edu.my/4576/ - Assessment and Analysis of Genomic Diversity and Bio-markers in Sabahan Indigenous Populations  oleh Dr. Kee Boon Pin, 2014, hanya menumpuhkan pencarian penanda mtDNA sahaja iaitu DNA pertalian moyang sebelah ibu. Difikirkan diperlukan satu profil DNA KDM sebelah lelaki pula yang mencari pertalian DNA sebelah bapa iaitu Y-DNA. Profil DNA penduduk adalah mustahak di zaman moden terutama untuk tujuan perancangan dan pembangunan keperluan kesihatan masyarakat.
Dusun Tindal Generasi 60an -80an
Kemungkinan juga wujud di kalangan penduduk KDM yang ada pertalian dekat dalam aspek DNA dengan DNA yang dimiliki oleh Raja Sulaiman dan pada kebanyakan lelaki Asia Barat, Timur Tengah, Eropah Selatan seperti Y-DNA Haplogroup J1, J2 and E1b1b. Kebarangkalian ini berdasarkan kemungkinan kewujudan pedagang Asia Barat purba pada masa silam di Borneo dan kewujudan mtDNA kuno seperti mtDNA Haplogroup JT di kalangan KDM seperti penemuan dalam tesis di atas.
Dusun Tindal Generasi 50an -70an

Kadazan Dusun - Generasi Sihat
Topik serupa dan berkaitan:-

Comments

  1. Penulisan yang mudah dan penuh dengan fakta menarik untuk panduan generasi muda dan akan datang. Well done from daddy cherryse -taddius-

    ReplyDelete
  2. Orang Borneo menurut saya mewarisi genetik yang lebih banyak dari orang asli Senoi yang berasal dari wilayah Indochina dan sedikit genetik orang asli proto-Malay.
    sebab itu suku2 di Borneo berkulit ala2 putih Indochina dan rambut lurus dan budaya dari Indochina termasuk cara pakaian dan teknik pertanian.
    Tetapi tetap ada dan masih membawa genetik asal iaitu orang asli Semang.
    Orang Melayu dan semua suku Melayu mewarisi genetik lebih dari orang asli Proto-Malay dan sedikit genetik orang asli Senoi.
    Tetapi tetap dan masih membawa genetik asal orang asli Semang.
    Sebab itu orang Melayu lebih berkulit coklat ala2 orang asli dengan mewarisi beberapa ciri khas orang asli termasuk teknik pertukangan, pembuatan sampan etc..
    So orang Borneo tak kira etnik dan suku...bersama etnik Melayu tak kira suku, adalah Bumiputera atau pribumi di Asia Tenggara kerana dari garis genetik yang tetap sama (saintis menemukan persamaan genetik type E yang tidak ada pada lain2 bangsa seperti Cina, India, orang inggeris, Arab, Jepun, dan lain2), meski pun perkembangan genetik dari ribuan tahun dulu membentuk dan melahirkan berbagai suku dan etnik dengan ras yang berbeda dan ragam budaya....kesan dari pra-percampuran awal tiga nenek moyang orang asli iaitu Semang+ProtoMelayu+Senoi.
    Jadi nenek moyang bagi semua etnik Sabah dan Sarawak dan Melayu adalah orang asli Semang, orang asli Senoi dan orang asli Proto-Malay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos, mungkin sebahagian orang Borneo mewarisi genetik dari orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Asia Tenggara. - Genetic relatedness of indigenous ethnic groups in northern Borneo to neighboring populations from Southeast Asia, as inferred from genome-wide SNP data - https://www.researchgate.net/publication/323665511 (2018) mencadangkan orang Asli Dusun ini adalah unik dari orang Borneo yang lain. ..."the extant populations of northern Borneo show no genetic admixture with either the Australo-Melanesians or people from the region of southern China or mainland Southeast Asia...

      Delete
    2. Dalam blog ini ada posting yang memetik dari kajian oleh Universisi Malaysia Sabah mengenai Dusun Sabah - sila baca di - https://apotpuri.blogspot.com/2020/01/asal-usul-orang-asli-kadazan-dusun.html

      Delete

Post a Comment