Asal usul Kadazan Dusun Murut melalui kajian DNA (SNP)

Dusun Begak dari Lahad Datu, Sabah (Lokasi gambar:KDCA Penampang 2019)
Dusun Begak (Idaan, Bulud Upi, Buludupies, Bulud Opie, Bulud Opir, Bulud Ophir) mungkin juga orang yang sama yang diceritakan dalam buku  - The Natives of Sarawak and British North Borneo, Volume 1 dan Volume 2 Oleh Henry Ling Roth, 1896. - A Decade in Borneo Oleh Mrs. W.B Pryer, 1893. Buku-buku ini ada menceritakan perwatakan Buluduphie macam ada keturunan Kaukasian (Caucasian - orang putih; berketurunan Eropah). ... "macam separuh Kaukasian" ..Dr. Rey/Dr. Montano (Handbook of British North Borneo) (seorang ahli sains dari Perancis di Borneo Utara pada tahun
1880 - 1881

Cerita-cerita yang berkaitan:-
1. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Haplogroup E1a1a
2. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Haplogroup O2-P31

3. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Murut Sabah Borneo - mtDNA Haplogroup M7c3c
4. Asal usul orang Kadazan Dusun Murut - mtDNA (perempuan) Haplogroup R9c1a 
5. Asal-usul Orang Kadazan Dusun Murut ialah Timur Tengah-Asia Barat - Haplogroup JT (mtDNA)

Asal usul orang asli Kadazan Dusun Murut (KDM) Dusun Ranau, Murut Paluan, Sungai-Sonsogon dan Rungus melalui kajian DNA (SNP)

Kertas peyelidikan bertajuk Genetic relatedness of indigenous ethnic groups in northern Borneo to neighboring populations from Southeast Asia, as inferred from genome-wide SNP data oleh Universiti Malaysia Sabah, (2018) membuat kesimpulan yang penduduk asli Dusun Borneo Utara (Sabah) secara umumnya memiliki persamaan ciri-ciri DNA yang lebih dekat dengan orang asli Taiwan iaitu Ami, Atayal dan orang bukan-Austro-Melanesian Filipina iaitu  Visaya, Tagalog, Ilicano, Minanubu, daripada penduduk lain di Borneo.

Nota Penulis: Orang Dusun dari Ranau, Sonsogon, Rungus, Sungai-Lingkabau dan Murut Paluan lebih dekat persamaan DNA dengan orang asli Ami, Atayal di Taiwan dan orang Visaya, Tagalog, Illicano, Minanubu di Filipina dibandingkan dengan DNA orang Bidayuh,  Iban, Melanau, Dayak di Borneo.

Kesimpulan Kertas Kajian
“Overall.... the Northern Borneans are closely related to Taiwan natives (Ami, Atayal) and non–Austro-Melanesian Filipinos (Visayan, Tagalog, Ilocano, Minanubu), rather than populations from other parts of Borneo Island.” …

Genetic relatedness of indigenous ethnic groups in northern Borneo to neighboring populations from Southeast Asia, as inferred from genome-wide SNP data  This 12 pages paper found here -  https://www.researchgate.net/publication/323665511   

Nota Penulis: Sample DNA dari orang asli Dusun diperolehi dari luar pekan-pekan utama Sabah. Jadi sample tersebut diperolehi dari orang Dusun Ranau, Rungus Pitas, Sonsogon Kota Marudu, Sungai-Lingkabau (Kota Marudu-Paitan) dan Murut Paluan Nabawan.

Mengapakah KDM ini pula berlainan daripada penduduk asli lain di Borneo?

Fakta 1:
Penemuan berdasarkan analisis statistik perhubungan philogenetik - asal-usul bangsa melalui kaedah Principle Component Analysis (PCA) …

“The PCA results for the 89 worldwide populations clustered the Northern Borneans together with populations from Asia (Supplementary Figure 2), and they showed no overlap with the Austro-Melanesians.” …

Terjemahan ringkas..
… Keputusan PCA ..., menunjukkan orang Borneo Utara tidak ada pertindihan dengan orang Austro-Melanesia…

Nota Penulis: Imej di bawah bagaimanapun memaparkan pertindihan, kemungkinan disebabkan ralat pada perisian di antara paparan cetakan dan paparan skrin ….
Sumber imej:  https://www.researchgate.net/publication/323665511 
Imej di atas Supplementary Figure 2. Analisis Principle Component 89 penduduk dunia memapaparkan orang Borneo Utara ini berkumpul bersama penduduk Timur Laut Asia, Minoriti Selatan China dan Daratan Asia Tenggara.

Nota Penulis: Jika terdapat pertindihan ia bermakna persamaan, jika tidak bertindih bermakna berlainan. Imej itu mencadangkan yang penduduk Dusun sangat jauh dari orang Afrika, dekat kepada orang asli Amerika dan lebih dekat lagi kepada orang Austro-Melanesia.

Fakta 2:
“According to the PCA of the 57 regional populations (with Austro-Melanesians excluded) from Northeast Asia and Southeast Asia, the Northern Borneans formed their own genetic cluster (Figure 2).”
Sumber imej:  https://www.researchgate.net/publication/323665511
“In comparison with other neighbouring populations, the formation of a unique genetic cluster among the Northern Borneans indicated that they are distinct from other groups (Figure 2).”

Imej atas Figure 2: Analisis PC 57 penduduk Timur laut Asia ke Asia Tenggara. Borneo Utara membentuk kluster genetik yang unik dan diperhatikan berdekatan dengan penduduk dari Taiwan dan Kepulauan Asia Tenggara.

Nota Penulis:Orang asli Borneo Utara ini berkumpul berasingan dan jauh dari orang Timur Laut Asia, Kaum Minoriti Selatan China dan penduduk Daratan Asia Tenggara.
Sumber imej:  https://www.researchgate.net/publication/323665511
Imej atas Supplementary Figure 3: Analisis PC semua penduduk Austronesians sahaja. Borneo Utara membentuk kumpulan yang nyata berbeza dengan penduduk yang lain. Kecuali Murut-Paluan iaitu yang berdekatan dan di antara penduduk Indonesia dan Filipina. Kumpulan Borneo Utara menjarakkan diri dari kumpulan orang-orang asli dari Taiwan, Filipina, orang Borneo yang lain, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Analisis ini mencadangkan yang ciri-ciri DNA Dusun Borneo Utara adalah unik dari jiran-jirannya.

“Murut-Paluans clustered away from the general Northern Bornean cluster and were closest to the non–Austro-Melanesian Filipinos, Taiwan natives, and some Indonesian ethnic groups (e.g., Mentawai and Toraja)” .

Kumpulan Murut-Paluan menjarakkan diri dari kumpulan Borneo Utara dan adalah berdekatan dengan orang bukan-Austro-Melanesian Filipina, orang Asli Taiwan dan sedikit dari kumpulan etnik Indonesia seperti Mentawai dan Toraja.

Fakta 3:
Dari kajian ini sebanyak 117 sample DNA diperolehi dari 5 kumpulan etnik asli iaitu (Dusun n=21, Rungus n=22, Sonsogon n=24, Sungai-Lingkabau n=28, and Murut-Paluan n=22) adalah unik di antara satu dalam kumpulan. (Supplementary Figure 1)
Sumber imej:  https://www.researchgate.net/publication/323665511
The Murut Paluan grouped away separately from the Dusun, Rungus, Sonsogon and Sungai-Lingkabau..

Imej atas Supplementary Figure 1. Analisis PC  untuk 5 etnik penduduk Borneo Utara. Kumpulan dibahagi kepada tiga kumpulan berbeza menurut PC1. PC2 menunjukkan yang orang Dusun dan Rungus berpisah. Penemuan ini mencadangkan yang struktur genetik pada penduduk Borneo Utara ini tidak selalunya ada hubungan kait dengan kumpulan bahasa pertuturan masing-masing.

Nota Penulis: Iaitu Bahasa Dusun Rungus Pitas dan Dusun Ranau adalah dalam kelompok bahasa yang sama. Bagaimanapun paparan imej di atas mencadangkan yang ciri-ciri komponen DNA Dusun Rungus Pitas dan DNA Dusun Ranau terpisah dan berbeza walaupun dalam kumplan bahasa yang sama.

Fakta  4:
“In comparison with other neighboring populations, the formation of a unique genetic cluster among the Northern Borneans indicated that.
  • They are distinct from other groups(Figure 2).
  • These Northern Bornean populations are closely related to Austronesians, particularly those from Taiwan and the Philippines (Figure S3).
  • Intriguingly, they are not closely related to other Borneans [i.e., Bidayuh (Sarawak) and Dayak (East Kalimantan)].”  
Nota Penulis:Walaupun orang Dusun Borneo Utara lebih dekat kepada penduduk lain Austronesia terutama dari Taiwan dan Filipina namun orang Dusun ini tidak dekat dengan penduduk asli Borneo sendiri seperti Bidayuh (Sarawak) dan Dayak (Kalimantan Timur).
Dusun Sinabu, Tongod Sabah (Lokasi gambar:KDCA Penampang 2019)

Orang Asli Dusun ini berkongsi moyang yang sama
“This is subsequently confirmed by out-group f3 statistics (Figure S5). In addition, the phylogenetic tree showed that the Northern Borneans share a most recent common ancestor with non–Austro-Melanesian Filipinos (Visayan, Tagalog, Ilocano, Minanubu)  and Taiwan natives (Ami, Atayal)  rather than other Borneans ((Supplementary Figure 6).
Sumber imej:  https://www.researchgate.net/publication/323665511
Imej atas Supplementari Figure 6. Perhubungan-perhubungann Philogenetik dari 89 penduduk dunia. Dusun Borneo Utara berkongsi moyang yang sama dengan orang asli Taiwan dan orang bukan-Austro-Melanesian Filipina. Ketiga-tiga penduduk wilayah ini membentuk satu klad yang sama, yang berkongsi  nod sama dengan penduduk dari Daratan Asia Tenggara, Kepulauan  Asia Tenggara, Selatan China dan Timur Laut Asia.

“Juga,Orang Dusun dan Murut Brunei dilaporkan ada pertalian yang dekat dengan orang asli Taiwan dan orang bukan-Austro-Melanesian Filipina…Pagani et. al. (2016) and Soares et. al. (2016)
Sumber imej:  https://www.researchgate.net/publication/323665511
Sumber imej:  https://www.researchgate.net/publication/323665511
Figure 3. Genetic admixture analysis of 57 regional populations. At K=4, the dark-blue-colored component was the predominant  genetic component among individuals from the island of Southeast Asia and Taiwan natives (all are Austronesians). At K=5 and above, the Austronesians carried three major genetic components, colored pink, red and dark blue. The Northern Borneans exhibited near-absolute properties of the dark-blue-colored component, which was present in low proportions in other Austronesians. …………….”

Imej atas Figure 3. Analisis percampuran genetik dari 57 penduduk wilayah. Pada K=4, komponen berwarna biru-tua ialah komponen genetik yang banyak di antara individu-individu dari Kepulauan Asia Tenggara dan orang Asli Taiwan. Pada K=5 dan atas, orang Austronesia membawa 3 komponen genetik utama bewarna unggu, merah dan biru-tua. Orang Borneo Utara memaparkan hampir muktlak kandungan komponen warna biru-tua, di mana ia wujud dalam jumlah yang rendah pada orang-orang Austronesia lain…

“The Northern Borneans exhibited near-absolute properties of the dark-blue-colored component, which was present in low proportions in other Austronesians. …………….” 
Imej di atas - Kod Dusuns ialah berikut:-
41.DRG -Rungus
42.DDS - Dusun
43.DSO - Sonsogon
44.PSG - Sungai-Lingkabau
45.RPL - Murut Paluan

Nota Penulis: Ini mencadangkan manusia awal tiba di Borneo Utara dari tempat lain. Kemudian menjadi orang asli Borneo Utara dengan komponen genetik yang jelas dan didapati kewujudannya berkurangan dalam komponen genetik orang Austronesia lain.
Dusun Tombonuo dari bahagian utara (Pitas) Sabah (Lokasi gambar:KDCA Penampang 2019)

Dusun ini tiada campuran genetik dari Wilayah China Selatan mahupun Daratan Asia Tenggara
“….As such, Borneo Island might have served as the crossroads for these two waves of human migration. Nevertheless, the extant populations of northern Borneo show no genetic admixture with either the Australo-Melanesians or people from the region of southern China or mainland Southeast Asia. Unfortunately, the reason for this remains elusive. As such, these findings suggest a unique genetic structure of Northern Borneans compared with their neighboring population….”

“…Oleh yang demikian Pulau Borneo mungkin menjadi jalan persimpangan untuk 2 gelombang penghijrahan manusia. Walaubagaimanapun penduduk asli Borneo Utara ini tidak menunjukkan percampuran genetik dengan orang Austro-Melanesia ataupun orang dari Wilayah China Selatan mahupun dari Daratan Asia Tenggara. Sebabnya masih sukar ditemui. Kerana itu, penemuan-penemuan ini mencadangkan satu struktur genetik yang unik pada penduduk Borneo Utara ini, berbanding dengan penduduk jirannya.”

Nota Penulis: Semua imej ilustrasi janaan komputer diperolehi dari kertas kajian Genetic relatedness of indigenous ethnic groups in northern Borneo to neighboring populations from Southeast Asia, as inferred from genome-wide SNP data  dari laman ini -  https://www.researchgate.net/publication/323665511   

Comments

  1. Bangsa yang tertua di Borneo dan 1SEA adalah dayak Iban.Bukti kajian ini ada di pages Ibanology yang dibuat pakar pakar asing .Dayak Iban dipercayai bangsa pertama berhijrah ke Asia Tenggara melebihi 50,000 tahun yang lalu yang dibuktikan juga demgan deep skull di Gua Niah Sarawak adalah dibuktikan sama dengan Iban berbanding kaum lain.Sebab itu Iban muka dan raut wajah asli .Tak seperti bangsa yang datang dari Yunan dan Taiwan yang mirip chinnesbermata sepet seperti china yang terdapat pada rumpun orang ulu

    ReplyDelete

Post a Comment