Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Kota Belud dengan Y-DNA haplogroup O2-P31 ataupun O2(P31) dari aspek DNA. Asal usul moyang sebelah bapa.

Kandungan cerita sekadar karangan dari orang kebanyakan dan bukannya dari orang yang tahu tentang DNA.
Topik serupa dan berkaitan:-
1. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Haplogroup E1a1a
2. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Haplogroup O2-P31

3. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Murut Sabah Borneo - mtDNA Haplogroup M7c3c
4. Asal usul orang Kadazan Dusun Murut - mtDNA (perempuan) Haplogroup R9c1a 
5. Asal-usul Orang Kadazan Dusun Murut ialah Timur Tengah-Asia Barat - Haplogroup JT (mtDNA)
6. Asal usul Kadazan Dusun Murut melalui kajian DNA (SNP)
Orang asli Kadazan Dusun generasi moden
yang dilahirkan pada tahun 90'an.
[Dalam konteks geneaologi ujian Y-DNA digunakan untuk mencari pertalian genetik moyang sebelah lelaki ataupun bapa sahaja. Manakala ujian mtDNA digunakan untuk mencari pertalian genetik moyang sebelah perempuan ataupun ibu. Semua lelaki yang mempunyai penanda Y-DNA yang sama di dunia seperti Haplogroup O2-P31 dikatakan berasal dari moyang yang sama. ]


Orang asli Kadazan Dusun generasi moden
yang dilahirkan pada tahun 90'an.
Pada tahun 2011 Genographic Project Test Kit (Kit Ujian Projek Genografik) dikirimkan kembali kepada National Geographic, USA. Kit Ujian untuk Y-DNA ini mencari moyang akar umbi sebelah lelaki ataupun bapa sahaja. Sample DNA untuk ujian Y-DNA cuma boleh diperolehi dari pihak lelaki sahaja. Keputusan STR adalah seperti berikut:-
DYS393: 15,   DYS439: 12,   DYS388: 12,   DYS385a: 16,    DYS19: 15,    DYS389-1: 13,   DYS390: 25,    DYS385b: 20,    DYS391: 11,    DYS389-2: NaN,    DYS426: 11,    DYS392: 13

Genealogy DNA Project mengatakan keputusan STR ini dalam kumpulan haplogroup O2(P31) ataupun O2-P31. Sampel DNA diperolehi dari seorang lelaki orang asli Kadazan Dusun Tindal dari Kelawat Kota Belud.


Orang asli Kadazan Dusun generasi moden.
National Geographic mengatakan haplgroup O2 membawa penanda-penanda Y-chromosome berikut: M168-->P143-->M89-->L15-->M9-->M214-->M175-->P31.

National Geographic memberikan maklumat berikut:-
....................................
(Terjemahan Bebas)
Asal Usul: Timur Asia
Cuaca: Zaman Batu
Anggaran Homo Sapien: 100,000
Peralatan dan Skil: Pertengahan Atas Paleolithic

Lebih kurang 30,000 tahun yang lalu, moyang pertama kamu memaparkan penanda genetik P31, yang menerangkan haplogroup O2. Lelaki ini tinggal di Asia Timur, mungkin di China selatan, dan keturunannya berkembang ke Asia Tenggara, ke timur iaitu Korea dan ke utara  iaitu Jepun.

Haplogroup khusus Asian ini menjadi bapa kepada orang-orang di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand.- National Geographic
.................................

Orang asli  Kadazan Dusun ini macam-macam tinggal
berdekatan dengan Jambatan Tamparuli
Keputusan sampel kemudian diarahkan untuk membuat carian padanan dalam pangkalan data di Genebase dan  menghasilkan keputusan berikut:-

RMI-Relative Match Index ialah pengukur berapa dekat persamaan profil genetik anda kepada penduduk yang diberi... Sebagai contoh profil DNA penulis dalam pangkalan data Genebase adalah lebih dekat kepada profil orang India di UK berbanding orang Melayu di Malaysia. Iaitu 2.2260 kali lebih dekat kepada orang India di UK berbanding orang Melayu di Malaysia.

Indian, United Kingdom - RMI: 51.2
Spain - RMI: 43.27
Mang population, China - RMI: 31.22
Amazon Region, Brazil (Belem) - RMI: 25.91
Malay (Malaysia) - RMI: 23
Singapore Chinese - RMI: 22.18
Chinese Naxi (Yunnan Province) - RMI: 14.11
Singapore Malay - RMI: 11.52
Chinese, Hong Kong - RMI: 6.38
Chinese Yi (Yunnan Province) - RMI: 5.38
Chinese Han (Northeastern China) - RMI: 4.9
Northern Karelia, Finland - RMI: 4.77
Bangladesh - RMI: 4.65
Southern Indian - RMI: 4.41
Singapore Chinese - RMI: 3.95
Pyrenees, Spain, Alt Urgell (Lerida) - RMI: 3.93
Brescia (Northern Italy) - RMI: 3.84

Keputusan carian Y-DNA Orang Asli di Genebase pada April 2012. - Sumber: Genebase

Orang asli Kadazan Dusun menunggu giliran berarak
ke depan sempena perkahwinan rakan sekolah
di Gereja Seventh-Day Adventist PMC Tamparuli.

Contoh-contoh tempat dan penduduk orang asli Y-DNA haplogroup O2-P31 ditemui.
 
Dari maklumat yang diperolehi dari domain awam, di Internet, Y-DNA haplogroup O2-P31 juga ditemui dalam sampel orang asli di Nepal, India, Pulau Hainan dan Taiwan.
“.....O1-M119 dan O2-P31 ialah haplogroup biasa Yami (orang asli Taiwan), bagaimanapun O2-P31 tidak ditemui pada orang Ivatan (orang asli pulau Batan, Filipina)..”
- Kertas kajian yang diterbitkan pada tahun 2011 - Genetic affinities between the Yami tribe people of Orchid Island and the Philippine Islanders of the Batanes archipelago - http://www.biomedcentral.com/1471-2156/12/21
"......O2-P31 ditemui dalam semua sampel orang asli di Tharu Timur, Nepal dan Andre Pradesh, India."
- Kertas kajian yang diterbitkan pada tahun 2009 - Mitochondrial and Y-chromosome diversity of the Tharus (Nepal):a reservoir of genetic variation - http://www.biomedcentral.com/1471-2148/9/154

"......O2*-M268,P31(xPK4, M176) ditemui di China."
- Kertas kajian yang diterbitkan pada tahun 2011 - An updated tree of Y-chromosome Haplogroup O and revised phylogenetic positions of mutations P164 and PK4 - http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21505448

"......sample DNA dari 78 orang asli Gelong kekerapan O2-P31 ialah 17.9%
......O2* tidak ditemui dalam sampel individu penduduk Han di China
......O2* ditemui dalam sampel orang asli Gelong dan Gelao di China selatan.
......corak haplogroup O2 hampir sama dengan orang asli Taiwan"
- Kertas kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 - Genetic origin of Kadai-speaking Gelong people on Hainan island viewed from Y chromosomes - http://comonca.org.cn/lh/doc/A69.pdf

"......O1 dan O2 ialah yang paling kerap dalam penduduk orang asli pulau Hainan China
......O2 100% ditemui dalam orang asli Gei di pulau Hainan China
......O1 dan O2 juga yang kerap dalam penduduk orang asli Taiwan
......O1 dan O2 kerap ditemui dalam penduduk paling selatan Asia Timur bagaimanapun tidak dominan berbanding dengan di pulau Hainan.
......O1 dan O2 ditemui di selatan dan timur Laut China Selatan, Borneo dan Filipina.
......O1 dan O2 juga dominan dalam penduduk Daic di tanah besar Asia dan orang asli Taiwan."
- Kertas kajian yang diterbitkan pada tahun 2008 - Paternal Genetic Structure of Hainan Aborigines Isolated at the Entrance to East Asiahttp://www.plosone.org/article/info:doi/10.1371/journal.pone.0002168

Gei, Gelong, Daic, Gelao adalah antara penduduk orang asli Cina selatan. Mereka ini ada dialek  sendiri. Iaitu bukan bahasa utama Cina seperti Mandarin ataupun bahasa Cina Han. Orang Cina di Malaysia kebanyakannya mungkin dari keturunan Han.

Y-DNA Haplogroup O2* di China
Bagaimanapun menurut kertas penyelidikan yang diterbitkan terdahulu pada tahun 2006 O2* ditemui dalam sample DNA di beberapa tempat di China. Sample yang banyak ditemui dalam sample lelaki Yao (Bama)  di barat-selatan China. Iaitu 13 daripada 35 individu dalam haplogroup O2*. Diikuti sampel lelaki Han (Meixian)/Guangdong 5/35 ataupun 5 daripada 35 individu dalam haplogroup  O2*. Male Demography in East Asia: A North–South Contrast in Human Population Expansion Times

Berikut ialah senarai penduduk dan lokasi di mana sampel DNA individu diperolehi dan keputusan kekerapan O2* dalam sampel.

([Penduduk- Jumlah O2*/Jumlah Sampel.]
Daur -1/39
Hezhe 1/45
Hui 1/35
Manchu 3/35
Inner Mongolian (China) 1/45
Oroqen 2/31
Han (Harbin)/Heilongjiang 3/35
Han (Yili)/Xinjiang 3/32
Korean (China) 1/25
Li 1/34
Qiang 1/33
Yao (Bama) 13/35 southwest of China
Han (Chengdu)/Sichuan 1/34
Han (Meixian)/Guangdong 5/35
Korean (Korea) 1/43
Outer Mongolian (People Republic Mongolia) 1/65

Ewenki 0/26
Uygur(Urumqi) 0/31
Uygur(Yili) 0/39
Xibe 0/41
Buyi 0/35
Hani 0/34
She 0/34
Tibetans 0/35
Yao (Liannan) 0/35
Han (Lanzhou)/Gansu 0/30
Japanese 0/47
Sumber dari http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1456369/ Male Demography in East Asia: A North–South Contrast in Human Population Expansion Times

Setakat ini National Geographic mencadangkan asal usul O2-P31 di China selatan. Berdasarkan cadangan dan penyelidikan yang dibuat oleh National Geographic maka bolehlah juga dijadikan fakta sokongan untuk mencadangkan asal usul moyang orang asli Kadazan Dusun Tindal dari Kelawat ini juga dari China selatan.

Sample DNA ini cuma dari satu orang sahaja dan tidak mencerminkan profil Y-DNA orang asli Kadazan Dusun Murut yang lain di Sabah. Di ketika ini kajian asal usul moyang melalui Y-DNA khusus untuk orang asli Kadazan Dusun Murut Sabah macam sifar sahaja berdasarkan ada tidaknya diterbitkan di Internet mahupun ada tidaknya penerbitan kertas kajian yang lain.
Topik serupa dan berkaitan:-
1. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Haplogroup E1a1a
2. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Tindal dari Kampung Kelawat Haplogroup O2-P31

3. Asal Usul Orang Kadazan Dusun Murut Sabah Borneo - mtDNA Haplogroup M7c3c
4. Asal usul orang Kadazan Dusun Murut - mtDNA (perempuan) Haplogroup R9c1a 
5. Asal-usul Orang Kadazan Dusun Murut ialah Timur Tengah-Asia Barat - Haplogroup JT (mtDNA)
6. Asal usul Kadazan Dusun Murut melalui kajian DNA (SNP)

Comments